Sunday 15 April 2012

ISU BERKAITAN BIDANG TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN

PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Pendidikan Jarak Jauh adalah satu bidang pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi atau IPT. Melalui PJJ, pelajar dan pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan yang sesuai dengan masa lapang mereka. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah  daripada pengajar.Pendidikan Jarak Jauh atau PJJ mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pendidikan setempat. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan sebelum sistem PJJ dapat diaplikasikan di negara kita. Di sini, saya telah mencadangkan 5 langkah yang harus dilaksanakan sebelum sistem PJJ dapat diaplikasikan:

1. Peranan kerajaan. 
Kerajaan seharusnya memberi sokongan dan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada institusi-institusi pengajian tinggi seperti IPTA.  Kemudahan infrastruktur termasuklah menyediakan komputer dan kemudahan internet kepada para pengajar di institusi pengajian tinggi supaya pengajar dapat menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan komputer dan upload ke jaringan bagi tujuan pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, kerajaan juga boleh menubuhkan Universiti Multimedia berkonsepkan Pengajian Jarak Jauh yang berpusat di Koridor Raya Multimedia (MSC). 

2. Meyediakan kemudahan sokongan
Di antara kemudahan yang dimaksudkan ialah perkhidmatan kaunseling kepada pelajar PJJ. Kaunseling kepada pelajar PJJ adalah perlu untuk membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pendidikan PJJ dan memberi khidmat nasihat tentang perancangan serta strategi pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk menangani sebarang masalah yang dihadapi samada masalah berbentuk akademik ataupun peribadi agar ia tidak berlanjutan dan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, terdapat juga alat sokongan yang lain seperti kewujudan bahan bacaan dimana ia dijadikan panduan utama bagi pelajar PJJ. Televisyen dan audio kaset juga boleh digunakan sebagai alat sokongan dalam sistem ini. 

3. Persediaan diri pelajar  
Setiap pelajar haruslah menyediakan diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sistem PJJ. Keadaan diri pelajar juga perlu bersedia untuk belajar. Pelajar kena pandai membahagikan masa supaya pelajar dapat meluangkan masa dalam pembelajaran agar pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran jarak jauh.


 4. Persediaan pengajar
Sebelum sistem PJJ diaplikasikan, setiap pengajar haruslah memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pengajar mesti kena tahu untuk menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk software dan menghantar bahan tersebut kepada semua pelajar. Selain itu, pengajar boleh menyediakan bahan pengajaran dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebik berkesan.

5. Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus menyediakan kemudahan seperti komputer dan internet kepada anak supaya anak dapat belajar di rumah secara jarak jauh. Ibu bapa haruslah memberi sokangan moral dan menggalak anak untuk belajar melalui penggunaan teknologi. Di samping itu, ibu bapa patut mengajar anak untuk membahagikan masa dengan betul dan mengawasi anak supaya anak tidak mengabaikan pembelajaran walaupun pendidikan berlaku secara jarak jauh.


Saturday 14 April 2012


10 KEPING FOTO TEKNOLOGI & INOVASI

1.) CardioSen’C: ECG mudah alih untuk menghantar data kepada doktor melalui telefon bimbit

.
The CardioSen’C ialah selular digital 12 lead ECG peribadi yang menghantar data kepada doctor di pusat panggilan perubatan untuk tujuan diagnosis penyakit seperti arrhythmia, ischemia dan myocardial infarction pada masa yang tepat. ECG pesakit akan dianalisis oleh para professional perubatan di pusat panggilan perubatan dan sekali dengan penerangan klinikal yang diberikan oleh pesakit untuk membantu professional perubatan mendiagnosis keadaan pesakit dan memberi bantuan perubatan jika perlu. Pesakit tidak perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Perkhidmatan teleperubatan ini boleh membantu untuk mengurangkan kadar morbidity dan kematian akibat daripada penyakit jantung.




 2.) VeinViewer


VeinVeiwer ialah teknologi yang mudah digunakan untuk membantu professional perubatan mencari salur darah superfisial di bawah kulit untuk tujuan akses IV dan prosedur mengambil darah. VeinVeiwer projek imej pada skrin filem dengan menjadikan kulit pesakit sebagai skrin. Teknologi ini menggunakan AVIN™ (Active Vascular Imaging Navigation), yang membolehkan kita melakukan prosedur dengan senang tanpa menyakitkan pesakit banyak kali.
VeinViewer  membantu profesional perubatan dalam:
 Memaksimumkan pilihan untuk akses.
 Mencari tapak akses optimum.
 Menentukan lokasi injap dan bifurcations.
 Mengesahkan patensi .



 3.) Barcode and RFID Medication Administration System

Sistem ini menggunakan kod bar dan Radio Frequency Identification (RFID) tag readers  untuk mengesan ubat-ubatan secara langsung di sisi katil pesakit.  Jururawat mengimbas kod bar pada bungkusan ubat dan tag RFID itu pada wristband pesakit dan identification badge jururawat. Kemaskini atau perubahan kepada ubat pesakit boleh dikesan oleh jururawat pada masa sebenar, membolehkan jururawat akses kepada perubahan segera. Sistem ini juga mencatatkan setiap pemberian ubatan secara automatic ke dalam Electronic Medical Record (EMR),menyimpan data masa kemasukan dan mengurangkan kesilapan dalam pemberian ubat-ubatan kepada pesakit.




 
4.) RIBA -- "Robot for Interactive Body Assistance"
 
RIBA – singkatan kepada "Robot for Interactive Body Assistance". Robot ini direka untuk membantu jururawat mengangkat pesakit dari katil dan kerusi roda ataupun mengangkat pesakit balik ke katil dan kerusi roda. Berat robot 180kg ini mampu mengangkat pesakit yang berat sebanyak 61kg. Untuk tujuan keselamatan, seluruh badan RIBA diperbuat daripada kulit yang lembut. Kulit lembut direka untuk memastikan keselesaan pesakit semasa pesakit diangkat. Selain itu,  robot ini juga boleh mengenali wajah dan suara, serta bertindak balas kepada arahan. Dengan menggunakan data visual dan audio dari sekitarnya, RIBA boleh mengenal pasti rakan sekerja, menentukan kedudukan mereka yang berdekatan, dan bertindak balas terhadap perubahan di dalam persekitaran terdekat. 




5.) Vscan pocket ultrasound device



Vscan pocket ultrasound device ialah sejenis peralatan ultrasound mudah alih yang membolehkan doktor dan kakitangan klinikal memberi tafsiran awal dengan lebih cepat dan lebih tepat pada titik penjagaan. Sistem ini merupakan sistem yang ideal dalam menyokong keputusan triage, dan diagnosis penyakit, dengan menyediakan maklumat tambahan semasa penilaian klinikal.




6.) Automatic handwashing system
Sistem membasuh tangan secara automatik direkabentuk untuk menyingkirkan mikroorganisma, bakteria,dan patogen pada tangan dan sarung tangan tanpa sentuhan tangan dengan tangan. Pengguna hanya perlu memasukkan tangan mereka ke dalam dua chamber silinder yang terbuka. Selepas tangan dimasukkan, sensor optik akan memulakan kitaran; silinder mula berputar dan secara automatik akan menyembur air dan anti-bakteria agent pada tangan dan di bawah kuku. Kemudian itu, tangan akan dibilas dengan air secara automatik oleh mesin ini. Tangan atau sarung Tangan kemudian dikeringkan dengan tisu, atau pengering udara. Sistem ini membolehkan kakitangan perubatan untuk membasuh tangan dengan lebih kerap untuk mengurangkan kadar penyebaran penyakit berjangkit kepada pesakit.





7.) Robot nurse


Robot ini direka oleh Japanese Motor Giant Toyota yang bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan jururawat. Robot ini mampu membantu pesakit berjalan, mengawal keseimbangan dan postur badan, disamping membantu dalam proses pemindahan pesakit dari katil ke katil.




8.) 24-Fingered “Hair Washing” Robot

24-Fingered “Hair Washing” Robot ini dicipta oleh Panasonic yang digunakan untuk membantu penjaga dan jururawat dalam mengurangkan beban mereka. Mesin mencuci rambut sebenarnya bertujuan untuk membantu orang-orang yang mungkin tidak mampu untuk menjaga diri sendiri yang disebabkan oleh usia yang meningkat atau hilang keupayaan. Pengguna dikehendaki untuk meletakkan kepala mereka di atas singki. Jari robot akan memulakan urutan dengan menggunakan syampu, scrub kulit kepala, dan akhirnya kepala akan dibilas dengan air sehingga bersih, 




9.) Lucas chest compression system

The LUCAS Chest Compression System direka khas untuk memberi tekanan pada jantung tanpa gangguan pada kadar yang konsisten dan mendalam untuk memudahkan ROSC (return of spontaneous circulation). Ia memberikan tekanan secara automatik semasa dalam ambulance dan di hospital. Lucas memudahkan aliran darah yang konsisten untuk membantu meningkatkan peluang hidup pesakit. Defibrillation boleh dilakukan semasa tekanan diberikan oleh mesin ini secara berterusan. Tekanan berterusan membantu mengekalkan tekanan perfusi koronari untuk memudahkan ROSC. Selain itu, dengan adanya mesin ini, bebanan kakitangan perubatan juga dapat dikurangkan.





10.) Wrist blood pressure monitor

Wrist blood pressure monitor merupakan alat mudah alih, tepat dan mudah untuk digunakan. Alat ini sesuai untuk mereka yang selalu tidak berada di rumah atau yang mempunyai masalah meletakkan cuff pada lengan mereka. Monitor ini cepat dan mudah digunakan dan berfungsi secara automatik untuk keselesaan maksimum. Tiada pelarasan diperlukan untuk memilih tahap inflasi - terutamanya mudah untuk pengguna hipertensi dan bagi orang-orang dengan aritmia atau masalah jantung, kerana tekanan darah mereka lebih cenderung untuk turun dan naik. 

Friday 13 April 2012

BIODATA 


NAMA: CHIN HERN HUI
NO MATRIK: A 130444
PROGRAM: IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN (SEPENUH MASA)
SEMESTER: 6
TUTORIAL: HARI: KHAMIS
                      MASA:3.00 – 6.00
                      TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER TERABYTE
FACEBOOK: Helen Chin

Thursday 12 April 2012

10 FOTO BBM BUKAN ELEKTRONIK - PENCIL CASE










10 VIDEO TEKNOLOGI & INOVASI

BLOOD PRESSURE MONITOR WRIST

COMPUTERIZED HEALTH RECORDS

ROBOT-ASSISTED SURGERY

EASIFLUSH NEEDLEFREE STOPCOCK

JAPANESE NURSE ROBOT

LUCAS CHEST COMPRESSION SYSTEM

AUTOMATED MEDICATION DISPENSER

AUTOMATED HAND WASHING MACHINE

VEIN VIEWER

VSCAN PORTABLE ULTRASOUND DEVICE