Sunday, 15 April 2012

ISU BERKAITAN BIDANG TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN

PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Pendidikan Jarak Jauh adalah satu bidang pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi atau IPT. Melalui PJJ, pelajar dan pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan yang sesuai dengan masa lapang mereka. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah  daripada pengajar.Pendidikan Jarak Jauh atau PJJ mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pendidikan setempat. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan sebelum sistem PJJ dapat diaplikasikan di negara kita. Di sini, saya telah mencadangkan 5 langkah yang harus dilaksanakan sebelum sistem PJJ dapat diaplikasikan:

1. Peranan kerajaan. 
Kerajaan seharusnya memberi sokongan dan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada institusi-institusi pengajian tinggi seperti IPTA.  Kemudahan infrastruktur termasuklah menyediakan komputer dan kemudahan internet kepada para pengajar di institusi pengajian tinggi supaya pengajar dapat menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan komputer dan upload ke jaringan bagi tujuan pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, kerajaan juga boleh menubuhkan Universiti Multimedia berkonsepkan Pengajian Jarak Jauh yang berpusat di Koridor Raya Multimedia (MSC). 

2. Meyediakan kemudahan sokongan
Di antara kemudahan yang dimaksudkan ialah perkhidmatan kaunseling kepada pelajar PJJ. Kaunseling kepada pelajar PJJ adalah perlu untuk membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pendidikan PJJ dan memberi khidmat nasihat tentang perancangan serta strategi pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk menangani sebarang masalah yang dihadapi samada masalah berbentuk akademik ataupun peribadi agar ia tidak berlanjutan dan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, terdapat juga alat sokongan yang lain seperti kewujudan bahan bacaan dimana ia dijadikan panduan utama bagi pelajar PJJ. Televisyen dan audio kaset juga boleh digunakan sebagai alat sokongan dalam sistem ini. 

3. Persediaan diri pelajar  
Setiap pelajar haruslah menyediakan diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sistem PJJ. Keadaan diri pelajar juga perlu bersedia untuk belajar. Pelajar kena pandai membahagikan masa supaya pelajar dapat meluangkan masa dalam pembelajaran agar pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran jarak jauh.


 4. Persediaan pengajar
Sebelum sistem PJJ diaplikasikan, setiap pengajar haruslah memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pengajar mesti kena tahu untuk menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk software dan menghantar bahan tersebut kepada semua pelajar. Selain itu, pengajar boleh menyediakan bahan pengajaran dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebik berkesan.

5. Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus menyediakan kemudahan seperti komputer dan internet kepada anak supaya anak dapat belajar di rumah secara jarak jauh. Ibu bapa haruslah memberi sokangan moral dan menggalak anak untuk belajar melalui penggunaan teknologi. Di samping itu, ibu bapa patut mengajar anak untuk membahagikan masa dengan betul dan mengawasi anak supaya anak tidak mengabaikan pembelajaran walaupun pendidikan berlaku secara jarak jauh.


8 comments:

  1. PJJ merupakan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang amat berfaedah bagi pelajar. NAmun demikian, PJJ tidak diamalkan dengan sepenuhnya disebabkan keluasan jaringan yang kecil yang mengehadkan pelayaran internet pelajar di dalam kawasan institusi sahaja. BAgi menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan boleh berkerjasama dengan MSC untuk mewujubkan negeri bedas jaringan supaya pelajar dapat melayari internet di mana-mana sahaja tanpa sebarang batasan.

    ReplyDelete
  2. Pengajian Jarak Jauh (PJJ) adalah sesuatu yang amat sesuai dengan gaya hidup masyarakat kini yang sibuk tetapi menginginkan sesuatu yang mudah dan senang. Kebanyakan daripada kita sekarang sukar untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi berikutan kesibukan dalam berkerja dan menguruskan keluarga. Jika seseorang pekerja ingin melanjutkan pelajaran, pelbagai cabaran yang perlu dilakukan untuk memenuhi tuntutan pelajaran. Dengan adanya penggunaan ICT untuk PJJ ianya dapat memberikan kemudahan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran sambil bekerja. Kemudahan sebegini amatlah perlu dalam menaiktaraf pendidikan masyarakat negara kita. Pembelajaran tidak seharusnya berhenti selepas SPM, diploma atau ijazah tetapi kita perlu mencari seberapa bnyak ilmu yang boleh membantu kita lebih berjaya dan cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Pengajian Jarak Jauh (PJJ) sangat berguna kepada siapa yang berkerja sambil belajar. Ia boleh menjimatkan masa dan tenaga bagi siapa yang berkerja sambil belajar yang tinggal jauh daripada kampus. Dengan PJJ mereka hanya perlu bersemuka dengan pensyarah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Selain itu, dengan sistem PJJ mereka boleh memuat turun semua nota kuliah dan mendengar kuliah secara online.
    -Kamariah Kamaludin, A127849-

    ReplyDelete
  4. CABARAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI-
    Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada negara, masyarakat dan para pelajar dalam konteks penjanaan ilmu memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Dalam era globalisasi yang sentiasa berkembang pantas tanpa mengira skala jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan ICT menjadi semakin memuncak terutama dalam menjana kemajuan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
    Sehubungan dengan ini cabaran mengaplikasi ICT bagi sistem pendidikan secara jarak jauh (PJJ) dalam menghadapi era globalisasi ini terutama dalam aspek kesedaran, penguasaan dan perancangan masa depan adalah sesuatu yang kritikal dan maklumat jitu. Adalah penting untuk menjalankan suatu langkah bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran dan pendedahan dalam era ICT sebagai satu cabaran pendidikan secara jarak jauh dan mengkaji tentang tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh di semua Pusat Wilayah di Malaysia.
    Kesedaran dan pendedahan pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) dalam ICT adalah masih pada peringkat sederhana dan agak perlahan berbanding perkembangan semasa. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diterapkan agar penggunaan ICT ini dipertingkatkan selaras dengan hasrat kerajaan agar kadar literasi dalam komputer meningkat dan setaraf dengan negara maju. Infrastruktur dan peralatanberkaitan ICT di PPPJJ dan Pusat Wilayah perlu dipertingkatkan agar matlamat penggunaan dapat dimaksimakan. Suatu mekanisma dan visi serta misi pembangunan PPPJJ perlu digarap agar dapat menyaingi perubahan dan keghairahan yang dibawa' oleh ICT. Aplikasi ICT PPPJJ perlu seiring dengan perubahan semasa yang semakin canggih namun perlu dillbahsuai agar tidak membebankan pelajar PPPJJ di samping menjamin daya saing dan kredibiliti PPPJJ dalam mengembangkan ilmu melalui sistem yang amat memerlukan aplikasi dan perkasaan ICT ini.

    -NOORZA BT MAHAT (A134444)-

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya, pendidikan jarak jauh mempunyai banyak faedah kepada pelahar dan pendidik. Akan tetapi, pendidikan jarak jauh susah direalisasikan di Malaysia. Sebagai contohnya, lokasi pelajar di semenanjung Malaysia dan lokasi pensyarah adalah di Sabah, pendidikan jarak jauh ini susah dijalankan dengan lancar disebabkan TMnet di Malaysia adalah amat lambat. Dengan ini, imej yang buruk akan dipaparkan di screen komputer. Bukan sahaja itu, pendidikan juga akan terbantut dan informasi salah akan berlaku dan komunikasi salah juga akan berlaku. Oleh itu, saya berpendapat bahawa Malaysia haruslah menaiktarafkan internet dengan menggunakan "optik fiber" supaya internet laju dan pendidikan jarak jauh dapat direalisasikan.

    Chuah Sun Chin (A129759)

    ReplyDelete
  6. Saya berpendapat pembelajaran atau pendidikan jarak jauh mempunyai kebaikan, pertama ia dapat membantu ibubapa pelajar yang kurang mampu atau tidak mahu berjauhan dengan anak mereka untuk belajar ke universiti di dalam atau di luar negeri. tetapi harus mereka ketahui bahawa tidak semua PJJ itu di iktiraf oleh kerajaan di sebabkan oleh universiti itu tidak di iktiraf oleh antarabangsa.
    HASSANUDDIN BIN MATZIN
    (A138725)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete