Pendidikan
Jarak Jauh adalah satu bidang pendidikan yang bertumpu kepada memberi
pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di satu lokasi setempat seperti di
institusi pengajian tinggi atau IPT. Melalui PJJ, pelajar dan pengajar
berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan yang sesuai dengan masa lapang
mereka. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan
dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.Pendidikan
Jarak Jauh atau PJJ mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pendidikan
setempat. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan sebelum sistem PJJ dapat
diaplikasikan di negara kita. Di sini, saya telah mencadangkan 5 langkah yang harus dilaksanakan sebelum
sistem PJJ dapat diaplikasikan:
1. Peranan
kerajaan.
Kerajaan seharusnya memberi sokongan dan menyediakan
kemudahan infrastruktur kepada institusi-institusi pengajian tinggi seperti
IPTA. Kemudahan infrastruktur
termasuklah menyediakan komputer dan kemudahan internet kepada para pengajar di
institusi pengajian tinggi supaya pengajar dapat menyediakan bahan pengajaran
dengan menggunakan komputer dan upload ke jaringan bagi tujuan pembelajaran
pelajar. Selain daripada itu, kerajaan juga boleh menubuhkan Universiti Multimedia
berkonsepkan Pengajian Jarak Jauh yang berpusat di Koridor Raya Multimedia
(MSC).
2. Meyediakan
kemudahan sokongan
Di antara kemudahan yang
dimaksudkan ialah perkhidmatan kaunseling kepada pelajar PJJ. Kaunseling kepada
pelajar PJJ adalah perlu untuk membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan
kaedah pendidikan PJJ dan memberi khidmat nasihat tentang perancangan serta
strategi pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk menangani sebarang masalah yang
dihadapi samada masalah berbentuk akademik ataupun peribadi agar ia tidak
berlanjutan dan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, terdapat juga alat sokongan yang lain seperti kewujudan bahan bacaan dimana ia
dijadikan panduan utama bagi pelajar PJJ. Televisyen dan audio kaset juga boleh
digunakan sebagai alat sokongan dalam sistem ini.
3. Persediaan
diri pelajar
Setiap pelajar haruslah menyediakan diri dengan
menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi supaya pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan sistem PJJ. Keadaan diri pelajar juga perlu bersedia
untuk belajar. Pelajar kena pandai membahagikan masa supaya pelajar dapat
meluangkan masa dalam pembelajaran agar pelajar tidak ketinggalan dalam
pembelajaran jarak jauh.
4. Persediaan
pengajar
Sebelum sistem PJJ
diaplikasikan, setiap pengajar haruslah memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan
tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pengajar mesti kena tahu untuk
menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk software
dan menghantar bahan tersebut kepada semua pelajar. Selain itu, pengajar boleh
menyediakan bahan pengajaran dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat pelajar
agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebik berkesan.
5. Peranan
ibu bapa
Ibu bapa harus menyediakan kemudahan
seperti komputer dan internet kepada anak supaya anak dapat belajar di rumah
secara jarak jauh. Ibu bapa haruslah memberi sokangan moral dan menggalak anak untuk
belajar melalui penggunaan teknologi. Di samping itu, ibu bapa patut mengajar
anak untuk membahagikan masa dengan betul dan mengawasi anak supaya anak tidak
mengabaikan pembelajaran walaupun pendidikan berlaku secara jarak jauh.
PJJ merupakan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang amat berfaedah bagi pelajar. NAmun demikian, PJJ tidak diamalkan dengan sepenuhnya disebabkan keluasan jaringan yang kecil yang mengehadkan pelayaran internet pelajar di dalam kawasan institusi sahaja. BAgi menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan boleh berkerjasama dengan MSC untuk mewujubkan negeri bedas jaringan supaya pelajar dapat melayari internet di mana-mana sahaja tanpa sebarang batasan.
ReplyDeletePengajian Jarak Jauh (PJJ) adalah sesuatu yang amat sesuai dengan gaya hidup masyarakat kini yang sibuk tetapi menginginkan sesuatu yang mudah dan senang. Kebanyakan daripada kita sekarang sukar untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi berikutan kesibukan dalam berkerja dan menguruskan keluarga. Jika seseorang pekerja ingin melanjutkan pelajaran, pelbagai cabaran yang perlu dilakukan untuk memenuhi tuntutan pelajaran. Dengan adanya penggunaan ICT untuk PJJ ianya dapat memberikan kemudahan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran sambil bekerja. Kemudahan sebegini amatlah perlu dalam menaiktaraf pendidikan masyarakat negara kita. Pembelajaran tidak seharusnya berhenti selepas SPM, diploma atau ijazah tetapi kita perlu mencari seberapa bnyak ilmu yang boleh membantu kita lebih berjaya dan cemerlang.
ReplyDeletePengajian Jarak Jauh (PJJ) sangat berguna kepada siapa yang berkerja sambil belajar. Ia boleh menjimatkan masa dan tenaga bagi siapa yang berkerja sambil belajar yang tinggal jauh daripada kampus. Dengan PJJ mereka hanya perlu bersemuka dengan pensyarah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Selain itu, dengan sistem PJJ mereka boleh memuat turun semua nota kuliah dan mendengar kuliah secara online.
ReplyDelete-Kamariah Kamaludin, A127849-
CABARAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI-
ReplyDeleteKepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada negara, masyarakat dan para pelajar dalam konteks penjanaan ilmu memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Dalam era globalisasi yang sentiasa berkembang pantas tanpa mengira skala jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan ICT menjadi semakin memuncak terutama dalam menjana kemajuan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Sehubungan dengan ini cabaran mengaplikasi ICT bagi sistem pendidikan secara jarak jauh (PJJ) dalam menghadapi era globalisasi ini terutama dalam aspek kesedaran, penguasaan dan perancangan masa depan adalah sesuatu yang kritikal dan maklumat jitu. Adalah penting untuk menjalankan suatu langkah bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran dan pendedahan dalam era ICT sebagai satu cabaran pendidikan secara jarak jauh dan mengkaji tentang tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh di semua Pusat Wilayah di Malaysia.
Kesedaran dan pendedahan pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) dalam ICT adalah masih pada peringkat sederhana dan agak perlahan berbanding perkembangan semasa. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diterapkan agar penggunaan ICT ini dipertingkatkan selaras dengan hasrat kerajaan agar kadar literasi dalam komputer meningkat dan setaraf dengan negara maju. Infrastruktur dan peralatanberkaitan ICT di PPPJJ dan Pusat Wilayah perlu dipertingkatkan agar matlamat penggunaan dapat dimaksimakan. Suatu mekanisma dan visi serta misi pembangunan PPPJJ perlu digarap agar dapat menyaingi perubahan dan keghairahan yang dibawa' oleh ICT. Aplikasi ICT PPPJJ perlu seiring dengan perubahan semasa yang semakin canggih namun perlu dillbahsuai agar tidak membebankan pelajar PPPJJ di samping menjamin daya saing dan kredibiliti PPPJJ dalam mengembangkan ilmu melalui sistem yang amat memerlukan aplikasi dan perkasaan ICT ini.
-NOORZA BT MAHAT (A134444)-
Sesungguhnya, pendidikan jarak jauh mempunyai banyak faedah kepada pelahar dan pendidik. Akan tetapi, pendidikan jarak jauh susah direalisasikan di Malaysia. Sebagai contohnya, lokasi pelajar di semenanjung Malaysia dan lokasi pensyarah adalah di Sabah, pendidikan jarak jauh ini susah dijalankan dengan lancar disebabkan TMnet di Malaysia adalah amat lambat. Dengan ini, imej yang buruk akan dipaparkan di screen komputer. Bukan sahaja itu, pendidikan juga akan terbantut dan informasi salah akan berlaku dan komunikasi salah juga akan berlaku. Oleh itu, saya berpendapat bahawa Malaysia haruslah menaiktarafkan internet dengan menggunakan "optik fiber" supaya internet laju dan pendidikan jarak jauh dapat direalisasikan.
ReplyDeleteChuah Sun Chin (A129759)
Saya berpendapat pembelajaran atau pendidikan jarak jauh mempunyai kebaikan, pertama ia dapat membantu ibubapa pelajar yang kurang mampu atau tidak mahu berjauhan dengan anak mereka untuk belajar ke universiti di dalam atau di luar negeri. tetapi harus mereka ketahui bahawa tidak semua PJJ itu di iktiraf oleh kerajaan di sebabkan oleh universiti itu tidak di iktiraf oleh antarabangsa.
ReplyDeleteHASSANUDDIN BIN MATZIN
(A138725)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete